Penghantaran percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas untuk seluruh Semenanjung Malaysia Beli Di Sini!

Kopi Toraja Perindingan (Dark Roast/Espresso)

RM 60.00


Keterangan

Toraja Perindingan terletak di desa Perindingan dari daerah Gandangbatu Sillanan. Pohon kopi ditanam di paras ketinggian 1600 meter dari paras laut (mdpl) dapat manghasilkan buah kopi yang kualiti tinggi yang hampir sempurna di mana cuaca, kelembapan dan juga sinaran matahari yang mecukupi. Pohon kopi jenis arabika ini dijaga rapi oleh para petani dan hanya dipetik buahnya secara manual menggunakan tangan. Dan sudah tentu hanya buah kopi yang terbaik sahaja dipilih untuk diproses menjadi kopi.

Kopi Toraja Perindingan ini dipanggang 'dark roasted' . Sesuai diminum bersama susu segar. Mempunyai rasa yang pelbagai seperti dark chocolate serta bebuahan. Apa yang kami boleh katakan kopi Toraja merupakan antara kopi yang terbaik dalam kalangan terbaik. Nikmatilah....

Profil Kopi

Asal
Perindingan, Toraja, Sulawesi Selatan
VarietalLini S795 (Dominan)
Altitud
1600 mdpl
Proses
Basah (Fully Washed)

 

Nota Rasa

Dark chocolate, Red Apple, Prune, Plum

Pilihan

Pilihan biji kopi (tanpa dikisar):

Hanya biji kopi yang akan diberikan tanpa dikisar.

Pilihan biji kopi yang dikisar:

Sila nyatakan saiz kisar (jika ada) seperti halus, sederhana, atau kasar di ruangan 'remarks' ketika proses checkout. Jika tidak ada, pihak kami akan mengisar biji kopi pada tahap sederhana (medium).

Nota

Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia