Gula Kabung Kristal (500 g)
Apa itu Gula Kabung?
- Dihasilkan dari nira pokok kabung mengikut cara tradisional.
- Pokok kabung ini tumbuh secara liar di ketinggian 1200m dari paras laut di pedalaman Jawa Tengah
- Hanya akan mengeluarkan nira seawal usia 5 tahun dan berhenti pada usia 25 tahun.
- Sebagai alternatif terbaik untuk menggantikan gula putih
Cara pengolahan GULA KABUNG KRISTAL ini teramat RUMIT. KUALITI nira bergantung kepada MUKABUMI dan CUACA di mana pokok kabung itu hidup. Terdapat 4 grade nira dan nira yang digunakan ini adalah nira grade SUPER.
Gula kabung ini diambil dari nira pokok kabung yang tumbuh SUBUR di kawasan PERGUNUNGAN di JAWA TENGAH iaitu di ketinggian 1200m dari aras laut dan bersuhu 23C - 31C.
Nira diambil dari pokok kabung dan disaring beberapa kali untuk keluarkan segala kotoran. Nira ini perlu dimasak DALAM MASA 3 JAM untuk ELAK dari nira menjadi masam. Sebab itu pengusaha gula kabung terpaksa tinggal JAUH di dalam HUTAN dan PENDALAMAN berdekatan dengan pokok kabung untuk MENYEGERAKAN proses memasak gula kabung.
Nira dimasak paling kurang 5 jam menggunakan KAYU API sehingga menjadi karamel dan kering menjadi kristal. Ianya kemudian dikeruk selama 2 jam menggunakan tempurung kelapa sehingga hancur. Kesemua proses mengacau nira dan mengeruk dibuat secara MANUAL yang perlu kepada KESABARAN serta KEPAKARAN yang TINGGI.
Apabila selesai menggeruk gula kabung kristal sehingga hancur, gula kabung ini akan ditapis pula secara MANUAL melalui 3 jenis kehalusan iaitu 10 mesh, 15 mesh dan 20 mesh. Lagi halus lagi mahal gula kabung kristal itu. Pada saat ini gula kabung masih mempunyai 5% tahap kelembapan.
Selesai ditapis halus, gula kabung kristal ini akan dimasukkan ke dalam oven khas untuk mendapatkan TAHAP KELEMBAPAN paling ideal iaitu pada 2%. Tahap kelembapan pada 2% ini menjadikan GULA KABUNG KRISTAL ini TAHAN LAMA sehingga SETAHUN dan lebih juga memberikan AROMA, RASA serta MUTU yang tinggi.
Perbezaan antara GULA KABUNG KRISTAL dan GULA KABUNG BUKU:
GULA KABUNG KRISTAL tahap kelembapannya 2% tahan sehingga setahun atau lebih dan hanya perlu guna sedikit kerana rasanya yang CONDENSED. Teramat mudah digunakan tanpa perlu dihancurkan terlebih dahulu tidak seperti gula kabung buku.
GULA KABUNG BUKU tahap kelembapannya tinggi hanya boleh tahan 3-4 bulan dan perlu pakai dalam kuantiti yang lebih untuk dapatkan rasa dan dihancurkan terlebih dahulu sebelum dapat digunakan.
Gula kabung BERBEZA dari gula melaka atau gula kelapa. Gula kabung dari nira pokok kabung, gula melaka dari nira pokok kelapa. Gula kabung mempunyai aroma wangi sementara gula melaka tidak. Gula kabung mempunyai rasa yang lebih enak dan khasiat lebih tinggi dari gula melaka yang mempunyai sedikit rasa masin kerana itu GULA KABUNG selalu dijadikan sebagai salah satu bahan di dalam perubatan tradisional Nusantara.
Pokok gula kabung teramat SUSAH hidup dan akan hanya berbuah mengeluarkan nira apabila berumur 5-10 tahun menjadikan gula kabung suatu komoditi yang tinggi nilainya!
Fakta Nutrisi
Setiap/Per 100g | |
Tenaga/Energy | 376 kcal |
Protein/Protein | 2.0 g |
Lemak/Fat | 0 g |
Karbohidrat/Carbohydrate | 92.1 g |
Nota
Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia