Penghantaran percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas untuk seluruh Semenanjung Malaysia Beli Di Sini!

Pisang Salai Tradisional (500 g)

RM 45.00


Pisang salai tradisional PREMIUM ini dihasilkan oleh petani-petani di daerah Jawa Barat. Pisang-pisang di kawasan ini ditanam secara organik tanpa bahan kimia di tanah pergunungan yang subur. Pisang salai telah digunakan berkurun lamanya oleh masyarakat Nusantara untuk membekalkan tenaga berpanjangan terutama jika mereka perlu mengembara jauh dalam jangkawaktu yang lama. Oleh kerana pokok-pokok pisang senang tumbuh di mana-mana dan pisang di dapati dalam kuantiti yang banyak tetapi tidak tahan lama, masyarakat Nusantara perlu mencari jalan untuk memastikan pisang-pisang itu tidak terbuang begitu sahaja maka terhasil lah Pisang Salai.

Pisang salai dihasilkan dari pisang emas, abu dan raja yang masak secara natural tanpa bahan kimia iaitu dengan memerap pisang-pisang ini di bawah kain tebal yang ditutup rapat serta dibiarkan sekitar 3 hari 3 malam sehingga masak menguning . 

Setelah 3 hari kain penutup itu dibuka dan pisang-pisang tersebut dibiarkan selama 30 minit agar wap panas hilang. Pisang-pisang itu kemudiannya dikupas lalu disusun di atas para atau rak diperbuat dari buluh dan dijemur di bawah matahari paling minimal 3 hari bergantung kepada cuaca dan boleh mencapai sehingga 12 hari. Setelah seharian dijemur, pisang-pisang itu akan diangkat masuk di waktu petang lalu disusun di atas para buluh di dalam bilik asap tertutup. Asap dihasilkan dengan menghidupkan api kayu bakar dari kayu mahogani atau pohon nangka kuning dengan meniup bara menggunakan buluh bagi mengawal asap. Proses pengasapan pula akan dilakukan selama 3 jam.

Pada hari keempat pengusaha pisang salai akan melakukan proses pemipihan pisang yang sudah dijemur dan diasap menggunakan blok kayu seukuran lebar telapak tangan. Proses pemimpihan dilakukan pada pagi hari sebelum dijemur atau pada petang hari setelah dijemur sebelum pengasapan. Pengasapan biasanya dilakukan pada malam hari selepas maghrib sehingga jam 10 malam. Proses pemipihan dan pengasapan terus dilakukan dari hari ke tiga sampai hari ke enam sampai pisang salai betul-betul kuning matang dan mengeluarkan cairan seperti madu. 

Proses pengasapan perlu menggunakan kayu mahagoni atau nangka kuning sahaja bukan kayu bakar lain bagi menghasilkan rasa yang enak dan aroma yang exquisite!

Nota

Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia