Penghantaran percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas untuk seluruh Semenanjung Malaysia Beli Di Sini!

Teh Nusantara 100g (10 Uncang)

RM 20.00


Keterangan

Teh Nusantara merupakan minuman asli masyarakat Nusantara sendiri sejak ribuan tahun dahulu sebelum 'teh' atau nama botani Camellia Sinensis yang berasal dari negara China diperkenalkan. Minuman ini mampu memberi tenaga dan membaikpulih tubuh badan kerana kandungan di dalam adalah dari tumbuhan Nusantara asli tanpa diekstrak atau diproses menggunakan bahan kimia/sintetik. Warna air minuman teh ini adalah merah jambu disebabkan oleh bahan Kulit Kayu Sepang. Boleh diminum pada bila-bila masa dan tiada kafein didalamnya.

Kandungan

  • Kulit Kayu Sepang
  • Halia Kampung
  • Kapulaga
  • Daun Cengkih
  • Bunga Cengkih
  • Serai
  • Daun Lemon
  • Daun Pala
  • Daun Pokok Kayu Manis Benar
  • Kulit Kayu Manis Nusantara

Cara Penggunaan

  1. Masukkan uncang dalam cawan atau teapot.
  2. Lalukan air panas seketika ke atas uncang dan buang air tersebut. Tujuannya untuk membuang kotoran jika ada.
  3. Rendam uncang di dalam air panas 3-4 minit dan kemudian sedia untuk diminum.
  4. Boleh diulang merendam dalam air panas sehingga tiada warna atau rasa.
  5. Sesuai diminum panas atau sejuk.

Nota

Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia