Kami mahu pelanggan kami berpuas hati dengan setiap pembelian dari Karolina WH secara atas talian. Oleh itu kami menawarkan polisi jaminan pemulangan 14 hari. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pembelian di atas sebarang sebab, sila hubungi kami di 018-3726787 untuk penggantian atau kredit pembelian dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghantaran produk. Sila beritahu nama anda, tarikh pembelian, nombor tempahan, produk yang dibeli, kuantiti pemulangan dan juga sebab pemulangan.
Sila ambil perhatian:
Produk mesti dikembalikan dalam kondisi asal termasuk bungkusan produk yang asal
Kos penghantaran tempahan tidak akan diganti
Segala kos penghantaran pemulangan hendaklah ditanggung oleh anda.
Sekiranya produk, mempunyai kecacatan, tidak seperti yang di digambarkan, berlainan dari produk asal di laman sesawang atau tidak berfungsi sepenuhnya, anda boleh memilih samaada untuk pemulangan wang, pertukaran produk atau kredit.